Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan… | Assalamualaikum…Aku harap admin terima confession aku nie. Dan terima kasih sangat sebab sudi post cerita aku harap admin hide kan nama aku. Ini pengalaman aku sendiri sorry lah kalau cerita aku nie panjang sangat. Nama aku anis (bukan nama sebenar) ini pengalaman pertama aku masa aku mulamula sambung belajar dulu.
Masa tu aku duduk dengan kawankawan. kita orang sewa 1 rumah luar dari asrama. kita orang ada 10 orang. Nak di pendek kan cerita aku duduk masteroom dalam bilik tu aku kak su, kak lia dan kak hani. (semua bukan nama sebenar). Bilik aku paling best sekali sebab dalam bilik tu ada bilik air dan ada cermin tingkap yang besar so harihari aku boleh nampak bangunan klcc dari bilik tu. Katil aku pula jenis double decker aku duduk katil atas betulbetul dekat sebelah cermin besar tu.
Ceritanya satu malam tu aku baru sampai rumah. masa tu kat bilik ada kak su dan kak lia je. Tapi masa aku sampai tu aku tengok kak lia ni tengah siapsiap nak keluar dengan pakwe dia. So tinggallah aku dengan kak su berdua dalam bilik malam tu. Dalam jam 10 lebih kot macam tu aku dah tido sebab rasa ngantok sangat. Tibatiba malam tu aku tersedar sebab rasa kak su kejutkan aku. Aku tak pasti masa tu jam berapa.. aku macam sedar tak sedar tapi aku dengar jelas kak su cakap dengan aku “anis bangun anis..anis punya bantal terjatuh” sambil pegang lengan aku.
Kak su ulang ayat tu dua kali. Masa tu pulak lampu bilik tak on kita orang tido memang selalu off kan lampu, masa tu aku nampak rambut kak su je muka dia pula aku tak berapa nak nampak sebab gelapkan, lepas tu aku nampak kak su ni tinggi semacam je malam tu. Yang aku tau kak su nie orang nya rendah sikit. Aku jawablah “haa…iye..iye..” lepas tu aku sambung tido balik. Esoknya aku bangun tido dalam jam 9 lebih aku nampak bantal peluk aku ada elok je dekat sebelah aku. Mulanya aku tak fikir apaapa yang pelik pun aku siap nak cakap dengan kak su lagi terima kasih sebab tolong angkatkan bantal aku yang jatuh malam tu. Pagi tu aku nampak kak su dah tak ada kat bilik dah sebab dia memang selalu ada kelas pagi pun.
So aku pun siapsiap nak pergi kelas pagi tu, tengah siapsiap tu tibatiba aku terfikir kenapa kak su kejutkan aku malam tu. Sebab jarak katil aku dengan katil kak su jauh kot. Katil kak su pun double decker jugak betulbetul dekat dengan dinding kak su tido katil bawah so ada ruang tengahtengah antara katil aku dengan katil kak su. Ruang tu boleh di katakan luas jugak lah sebab kite orang boleh lepaklepak sambil tengok movie ramairamai kat ruang tu. Haaa… sudah masa tu aku terus fikir mungkin bukan kak su kot yang kejutkan aku malam tu mungkin kak hani. Sebab kak hani duduk bawah katil aku je, so kalau bantal aku jatuh pun first akan kena dekat kak hani tak pun bantal tu jatuh terus kat lantai je. Macammacam dah aku fikir siap fikir kalau bantal aku jatuh pun bantal tu bukan nya berat sangat sampi boleh kejutkan orang.
And yang kejutkan aku malam tu orang tu tinggi kot nak kata kak su mustahil sebab kak su ni rendah je. lagi satu tak logik sangat bantal tu boleh jatuh terpelanting kena dekat kak su kan. And kalau pun kak su nak tolong angkatkan bantal yang jatuh tu tak kan lah dia nak kejutkan aku semata sebab nak bagi tau bantal jatuh gigih lah pulak…
Mulanya aku tak nak cerita kat roommate aku, aku takut kot kot la yang kejutkan aku malam tu bukan dorang. And risau kalau dorang takut dengar cerita aku. Tapi aku tak puas hati sebab selagi aku tak tahu siapa aku rasa tertanyatanya pas tu teringatingat je siapa yang kejutkan aku malam tu. Sehari selepas kejadian tu barulah aku tanya kak hani sebab dia paling dekat dengan katil aku tido. Aku tanya dia “kak hani ada kejutkan anis tak malam kemarin sebab nak bagi bantal anis yang terjatuh” pas tu kak hani cakap “bila anis? malam tu akak tak balik rumah lah, kenapa ada orang kejutkan anis ke?” haaa… aku angguk je lah tapi tak cerita pun kat dia. Lepas tu kak hani suruh aku tanya kak su je. Masa nie aku cuma fikir kak su je mungkin memang dia lah kot.
Lepas aku tanya kak hani tu. Aku tak tanya kak su lagi pun.. malam tu dalam bilik, tibatiba kak su sendiri yang tanya aku “Anis kenapa ada orang kejutkan anis tido ke kemarin”. Aku cam terdiam sekejap haaa.. ni mesti kak hani yang cerita kat kak su pastu aku senyum je dan cakap “a’ah kak su” dalam hati aku masa tu harap sangat kak su yang kejut kan aku malam tu tibatiba kak su cakap “akak tak ada kejutkan anis ea malam tu”. Alamak… aku dah ase muka aku panas tangan pulak ase seram sejuk kot. Aku tanya kak su “habis tu siapa kejutkan anis malam tu?” masa tu ada kak lia dengan kak hani sekali dalam bilik, dorang masingmasing cakap tak bukan dorang yang kejutkan aku..and dorang berdua pun tak balik rumah malam tu.. masa ni aku dah start nak nagis kalau bukan dorang siapa lagi dalam bilik malam tu cuma ada aku dengan kak su je..ngeee…
Aku cerita kat dorang dari a sampai z yang kejutkan aku tu perempuan, suara dia memang sama dengan suara kak su cuma badan dia tinggi dari kak su.. aku tak nampak pun muka dia cuma nampak rambut je..siap pegangpegang lengan aku lagi kot.. lepas aku cerita tu baru lah akak bilik aku cerita sebenarnya dorang pun ada kena kacau jugak cuma tak nak cerita dekat aku sebab aku paling muda dalam rumah tu so dorang tak nak lah aku jadi takut nanti.
Aku nie nak kata berani tak adalah cuma perasaan nak tahu bendabenda tu je.. nak kata penakut tu pun ada kalau tak… tak adalah aku nagis tiap kali kena kacau dengan benda tu.. hehee… penah sekali tu aku nampak terangterang muka benda tu… aku nampak dekat cermin.. cermin nie betulbetul tergantung dekat sebelah pintu.. cermin tu tak adalah besar mana pun.. cuma sebesar muka kita je.ya Allah masa tu aku rasa macam beku macam tak jejak lantai pun ada.. nak nagis pun ada..
Tapi muka benda yang aku nampak tu tak adalah seram mana pun cuma bayangkan lah aku masuk bilik tu sorangsorang sebab nak ambil air, bilik ni bilik kawan aku nama dia sya, masa tu kawan aku duduk luar and tak ada orang pun dalam bilik tu. Tibatiba aku nampak muka perempuan tua kat dalam cermin yang tergantung tu. Mana aku tak terkejut dengan muka dia yang garang.. muka putih pucat rambut gerbang dah beruban.. ya Allah masa nie aku terus keluar bilik tak toleh belakang pun sebab takut sangat..lepas aku nampak benda tu aku dah kurang nak bercakap dengam kawan aku yang aku masuk bilik dia ambil air tu.
Sebab kawan aku sya nie ada benda nak dengan dia ada jiran dia wariskan benda tu dengan dia dari dia kecil lagi…Dia pernah cerita dekat aku dekat kawankawan yang lain jugak, ada benda nak dengan dia tapi dia tak ambil pun benda tu.. Waallahulam.. so benda yang aku nampak dalam bilik dia tu aku tak tahu benda tu penjaga dia atau bukan.. aku tak pernah cerita benda nie dengan sya.. aku rasa takut sangat.. aku nagis aku tak tau nak cerita kat kau macam mana… sya kalau kau baca confession nie aku nak mintak maaf sangatsangat. kau pernah tanya aku kenapa kita dah tak rapat macam dulu sebab nie lah.. Maafkan aku sya.. aku berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kita dan keluarga kita masingmasing…
Ada satu lagi pengalaman aku nak share… satu hari tu aku bangun nak solat subuh elok je aku tengah turun katil…aku nampak housemate aku dari bilik sebelah masuk bilik air yang dalam bilik aku ni. Aku nampak dia masuk tergesagesa lepas tu tak on kan pun lampu bilik air tu.. Biasa lah masa tu lampu dalam bilik aku pun xnyala.. so aku tunggu je lah kawan tu keluar dari bilik air tu.. Tunggu punya tunggu kawan tu tak keluarkeluar… dah lah tak nyala lampu xada bunyi air langsung pun.. masa tu aku geram jugak lah dah kenapa lamalama kat bilik air tu.. dah lah masa tu aku nak terkucil. tah macam mana aku berani lepas tu dengan rasa geram aku p depan bilik air tu.. aku tengok pintu bilik air tu tak tutup rapat and dalam pun gelap sebab tak nyala lampu.. aku tanya lah “akak lama lagi ke” senyap akak tu tak jawab langsung pun. Dalam hati aku masa tu ada orang ke tak dalam bilik air nie.. sebab kenapa senyap sangat kalau ada pun napa lah lama sangat dalam tu. So aku tergerak hati nak tolak pintu bilik air tu.. elok je pintu tu terbuka aku nampak xada siapasiapa pun kat dalam bilik air tu.sunyi sepi kot…
ya Allah masa tu takut punya pasal aku lari lajulaju pijak katil kak hani terus panjat naik atas katil aku.. aku tak guna pun tangga kecil kat ujung tu… hahahaha… aku tak tau lah korang boleh bayangkan ke tak.. kalau penah tidur katil double decker tau la kot.. ngeee… esok nya aku terus demam dua hari…
Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang aku share tapi cukup sampai sini je. Aku cuma anggap bila aku ternampak atau kena ganggu dengan bendabenda tu sebenarnya rezeki aku.. sebab tak semua orang berpeluang nampak atau jumpa dengan bendabenda macam nie. Semua nya atas dengan izinNya.. Dari Anis Bukan Nama Sebenar.