REAKSI bersahaja Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berborak dengan seorang peniaga durian yang tidak mengenali bahawa beliau adalah Tengku Puan Pahang mendapat pujian netizen.
Difahamkan tanpa sebarang protokal, isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu sempat menikmati raja buah dari gerai lelaki berkenaan yang berada di tepi jalan.